TOKOH SUKAN
LEE CHONG WEI

Lee menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan pada 21 Ogos 2008. Beliau ialah pemain badminton Malaysia ketika yang mencapai tangga teratas selepas Rashid Sidek dan Roslin Hashim (semenjak ranking rasmi dimulakan pada 1980-an), dan juga satu-satunya jaguh badminton Malaysian yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua minggu.
Pada zaman kanak-kanaknya, ketika bersekolah di SRJK (C) Jit Sin (B), Berapit, Lee gemar bola keranjang, namun ibunya melarangnya dari menceburi sukan itu gara-gara bahang yang melayur di gelanggang bola keranjang luaran. Lee mula mempelajari badminton seusia 11 tahun, apabila bapanya yang gemar bermain sukan ini membawanya ke dalam gelanggang badminton. Setelah menarik perhatian seorang jurulatih tempatan, jurulatih itu meminta izin bapa Lee agar Lee menjadi anak didiknya. Setelah mendapat restu bapanya, maka jurulatih itu mula melatih Lee selepas waktu sekolah.Setelah ditemui oleh Misbun Sidek, barulah beliau menyertai pasukan kebangsaan pada usia 17 tahun.
Rekod pingat Olimpik | |||
Peserta untuk ![]() | |||
---|---|---|---|
Peserta untuk ![]() | |||
Badminton lelaki | |||
Sukan Olimpik | |||
Perak | 2008 Beijing | Perseorangan lelaki | |
Kejohanan Dunia | |||
Perak | 2011 London | Perseorangan lelaki | |
Gangsa | 2005 Anaheim | Perseorangan lelaki | |
Sukan Asia | |||
Perak | 2010 Guangzhou | Perseorangan lelaki | |
Gangsa | 2006 Doha | Perseorangan lelaki | |
Gangsa | 2006 Doha | Pasukan | |
Piala Sudirman | |||
Gangsa | 2009 Guangzhou | Pasukan | |
Piala Thomas | |||
Gangsa | 2010 Kuala Lumpur | Pasukan | |
Gangsa | 2008 Jakarta | Pasukan | |
Gangsa | 2006 Sendai/Tokyo | Pasukan | |
Sukan Komanwel | |||
Emas | 2010 Delhi | Perseorangan lelaki | |
Emas | 2010 Delhi | Pasukan campuran | |
Emas | 2006 Melbourne | Perseorangan lelaki | |
Emas | 2006 Melbourne | Pasukan campuran | |
Badminton - lelaki |
ANUGERAH DAN PENGHORMATAN
Yang berikut ialah senarai anugerah yang dimenangi oleh Lee Chong Wei. Beliau juga dilantik sebagai Duta Muhibah UNICEF pada tahun 2009.
Tarikh | Anugerah | Sebab |
---|---|---|
5 April 2006 | Olahragawan Negara 2005 | Cekal dan fokus kepada permainan |
29 April 2006 | Olahragawan Pulau Pinang 2005 | Prestasi di Kejohanan Dunia IBF 2005 dan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England 2005. |
18 November 2008 | Olahragawan Pulau Pinang 2007 | |
12 Disember 2008 | Olympian Lelaki Malaysia 2008 | Satu-satunya pemain Malaysia yang meraih pingat perak pada Sukan Olimpik Beijing 2008. |
2008 | Pemain Terbaik 2008 | |
23 Mac 2009 | Olahragawan Negara 2008 | |
12 Jun 2009 | Pemenang anugerah Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM | |
9 Ogos 2009 | Olahragawan Pulau Pinang 2008 | |
17 Oktober 2010 | Olahragawan Pulau Pinang 2009 | |
12 Disember 2011 | Pemain Terbaik BWF |
DATUK NICOL ANN DAVID

Nicol merupakan pemain skuasy pertama yang menjuarai Kejohanan Skuasy Junior Sedunia dua kali; iaitu pada tahun 1999 dan 2001 di bawah bimbingan Richard Glanfield. Beliau kekal satu-satunya pemain skuasy wanita yang berbuat demikian, sehingga Raneem El Weleilymenyamai pencapaian beliau ini dengan memenangi Kejohanan Junior Sedunia keduanya pada tahun 2007. Nicol menyertai WISPA lalu mencapai status profesional pada tahun 2000 apabila memenangi gelaran WISPA sulungnya hanya sebulan selepas penyertaannya itu. Kemenangan itu tercapai pada bulan Februari apabila beliau menewaskan Salma Shabana di pusingan akhir Terbuka Finland Savcor. Pada 7 Jun 2008, Nicol David dikurniakan gelaran Darjah Bakti sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Nicol turut diundang untuk membawa obor Olimpik untuk Malaysia sewaktu persediaan ke Sukan Olimpik di Athens pada tahun 2004 di samping dilantik sebagai Duta Muhibah Kebangsaan Malaysia oleh UNDP.
Antara pencapaian lain Nicol David termasuk Kejohanan Skuasy Asia yang dijuarainya tujuh kali (1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008 dan 2010). Beliau juga mempertahankan tempoh kejuaraan demi kejuaraan selama 13 bulan dan 51 perlawanan mulai Mac 2006, hingga tewas di tangan Natalie Grinham di Terbuka Seoul pada April 2007. Bagaimanapun, beliau sekali lagi membuat rentetan tanpa kalah selama Nicol turut meraih Pemain Terbaik WISPA enam kali berturut-turut, dari tahun 2005 hingga 2010.
KEHIDUPAN PERIBADI
Dilahirkan di Pulau Pinang, Nicol merupakan anak kepada Ann Marie David, seorang guru sekolah berketurunan Cina dan Desmond David, seorang jurutera berketurunan India yang pernah menjadi olahragawan dan pemain bola sepak negeri.Nicol mempunyai dua adik-beradik, iaitu Lianne dan Cheryl,yang merupakan pemain skuasy cemerlang di peringkat kebangsaan.Sewaktu muda, Nicol paling cemerlang dalam mata pelajaran Matematik di sekolah;beliau pernah bercita-cita menjadi jurutera.Nicol mendapat tujuh A dalamPenilaian Menengah Rendah dan tujuh A lagi dalam Sijil Pelajaran Malaysia, sewaktu menelaah di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Green Lane di Green Lane, Pulau Pinang.Beliau beragama Kristian (Katolik Roma).
ANUGERAH DAN PENGHORMATAN
Pada 7 Jun 2008, Nicol David dikurniakan gelaran Darjah Bakti (D.B.) sempena sambutan hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.Beliau merupakan penerima pertama anugerah ini yang diasaskan pada 26 Jun 1975.Anugerah ini terhad kepada 10 penerima yang melakukan sumbangan besar kepada bidang kesenian, sains dan kemanusiaan.
Pada 12 Julai 2008, Nicol menjadi salah satu daripada 497 orang yang diberi penghormatan sempena hari jadi ke-70 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.Nicol merupakan antara 28 orang yang menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri award (DSPN),yang membawa gelaran Datuk, justeru beliau menjadi tokoh termuda yang dikurniakan gelaran Datuk di negeri Pulau Pinang.Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga berasal dari Pulau Pinang,pernah mengakui bahawa Nicol lebih terkenal daripadanya.Pada tahun 2007, Nicol menerima ijazah kehormat Sarjana Kesenian honoris causa dari Universiti Nottingham.Nicol turut menerima anugerah Pemain Terbaik WISPA enam kali berturut-turut, mulai tahun 2005 hingga 2010.
Nicol diberi penghormatan membawa obor Olimpik sebagai wakil Malaysia menjelang Sukan Olimpik Athens 2004,di samping dilantik sebagai Duta Muhibah Kebangsaan Malaysia oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
No comments:
Post a Comment