Tuesday 17 April 2012

PENGENALAN SUKAN

Sukan amat penting untuk negara terus maju di mata dunia kerana sukan merupakansalah satu cabang
yang penting untuk meningkatkan ekonomi negara. Hal ini keranamasyarakat di seluruh dunia amat
 meminati bidang sukan, contohnya seperti sukan bola sepak, rugbi, Tenis, badminton, hoki, squash, bola
keranjang, sepak takraw, dan pelbagai lagi.Sukan memberikan hiburan kepada masyarakat di seluruh
 dunia seperti sukan bola sepak yang popular di seluruh dunia.

 Berjuta- juta peminat sukan juga mengikuti perkembangan pasukan atau atlet pilihan mereka dengan
mendengar ulasan selari tentang permainan menerusi radio ataupun menonton permainan itu melalui kaca
televisyen. Oleh hal yang demikian,sukan haruslah dimajukan agar negara akan terus dipandang tinggi oleh mata dunia dan sukan juga dapat melangkah setapak lagi di peringkat antarabangsa.

Sukan amat penting untuk meningkatkan kesihatan jasmani seseorang disampingmemberi faedah lain.
Sukan dapat mencegah penyakit daripada berlaku dan aktiviti lain yang boleh membantu memelihara
kesihatan khususnya jantung seperti berjoging, berenang dan berbasikal. Sukan juga dapat mencergaskan
badan dan mencerdaskan minda seseorang individu tersebut.


TOKOH SUKAN

LEE CHONG WEI


Datuk Lee Chong Wei (Cina Ringkas: 李宗伟; Cina Tradisional: 李宗偉; pinyin: Lǐ zōng wěi, lahir pada 21 Oktober 1982 di George Town,Pulau Pinang) ialah seorang pemain badminton professional dari Malaysia yang kini menetap di Bukit Mertajam. Lee merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008, maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak tahun 1996. Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wira kebangsaan.
Lee menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan pada 21 Ogos 2008. Beliau ialah pemain badminton Malaysia ketika yang mencapai tangga teratas selepas Rashid Sidek dan Roslin Hashim (semenjak ranking rasmi dimulakan pada 1980-an), dan juga satu-satunya jaguh badminton Malaysian yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua minggu.

KEHIDUPAN AWAL
Pada zaman kanak-kanaknya, ketika bersekolah di SRJK (C) Jit Sin (B), Berapit, Lee gemar bola keranjang, namun ibunya melarangnya dari menceburi sukan itu gara-gara bahang yang melayur di gelanggang bola keranjang luaran. Lee mula mempelajari badminton seusia 11 tahun, apabila bapanya yang gemar bermain sukan ini membawanya ke dalam gelanggang badminton. Setelah menarik perhatian seorang jurulatih tempatan, jurulatih itu meminta izin bapa Lee agar Lee menjadi anak didiknya. Setelah mendapat restu bapanya, maka jurulatih itu mula melatih Lee selepas waktu sekolah.Setelah ditemui oleh Misbun Sidek, barulah beliau menyertai pasukan kebangsaan pada usia 17 tahun.

Rekod pingat Olimpik
Peserta untuk Bendera Malaysia Malaysia
Peserta untuk Bendera Malaysia Malaysia
Badminton lelaki

Sukan Olimpik
Perak2008 BeijingPerseorangan lelaki

Kejohanan Dunia
Perak2011 LondonPerseorangan lelaki
Gangsa2005 AnaheimPerseorangan lelaki

Sukan Asia
Perak2010 GuangzhouPerseorangan lelaki
Gangsa2006 DohaPerseorangan lelaki
Gangsa2006 DohaPasukan

Piala Sudirman
Gangsa2009 GuangzhouPasukan

Piala Thomas
Gangsa2010 Kuala LumpurPasukan
Gangsa2008 JakartaPasukan
Gangsa2006 Sendai/TokyoPasukan

Sukan Komanwel
Emas2010 DelhiPerseorangan lelaki
Emas2010 DelhiPasukan campuran
Emas2006 MelbournePerseorangan lelaki
Emas2006 MelbournePasukan campuran
Badminton - lelaki



ANUGERAH DAN PENGHORMATAN

Yang berikut ialah senarai anugerah yang dimenangi oleh Lee Chong Wei. Beliau juga dilantik sebagai Duta Muhibah UNICEF pada tahun 2009.


TarikhAnugerahSebab
5 April 2006Olahragawan Negara 2005Cekal dan fokus kepada permainan
29 April 2006Olahragawan Pulau Pinang 2005Prestasi di Kejohanan Dunia IBF 2005 dan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England 2005.
18 November 2008Olahragawan Pulau Pinang 2007
12 Disember 2008Olympian Lelaki Malaysia 2008Satu-satunya pemain Malaysia yang meraih pingat perak pada Sukan Olimpik Beijing 2008.
2008Pemain Terbaik 2008
23 Mac 2009Olahragawan Negara 2008
12 Jun 2009Pemenang anugerah Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM
9 Ogos 2009Olahragawan Pulau Pinang 2008
17 Oktober 2010Olahragawan Pulau Pinang 2009
12 Disember 2011Pemain Terbaik BWF


DATUK NICOL ANN DAVID


A women in a black t-shirt and a sunglasses on her head smiling.Datuk Nicol Ann David ialah seorang pemain skuasy profesional wanita berbangsa Malaysia yang menjadi wanita Asia pertama yang menduduki tangga #1 dunia dalam sukan skuasy wanita. Beliau pernah memenangi gelaran Terbuka British pada tahun 2005, 2006 dan 2008, dan juga gelaran Terbuka Dunia pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010.
Nicol merupakan pemain skuasy pertama yang menjuarai Kejohanan Skuasy Junior Sedunia dua kali; iaitu pada tahun 1999 dan 2001 di bawah bimbingan Richard Glanfield. Beliau kekal satu-satunya pemain skuasy wanita yang berbuat demikian, sehingga Raneem El Weleilymenyamai pencapaian beliau ini dengan memenangi Kejohanan Junior Sedunia keduanya pada tahun 2007. Nicol menyertai WISPA lalu mencapai status profesional pada tahun 2000 apabila memenangi gelaran WISPA sulungnya hanya sebulan selepas penyertaannya itu. Kemenangan itu tercapai pada bulan Februari apabila beliau menewaskan Salma Shabana di pusingan akhir Terbuka Finland Savcor. Pada 7 Jun 2008, Nicol David dikurniakan gelaran Darjah Bakti sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Nicol turut diundang untuk membawa obor Olimpik untuk Malaysia sewaktu persediaan ke Sukan Olimpik di Athens pada tahun 2004 di samping dilantik sebagai Duta Muhibah Kebangsaan Malaysia oleh UNDP.
Antara pencapaian lain Nicol David termasuk Kejohanan Skuasy Asia yang dijuarainya tujuh kali (1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008 dan 2010). Beliau juga mempertahankan tempoh kejuaraan demi kejuaraan selama 13 bulan dan 51 perlawanan mulai Mac 2006, hingga tewas di tangan Natalie Grinham di Terbuka Seoul pada April 2007. Bagaimanapun, beliau sekali lagi membuat rentetan tanpa kalah selama Nicol turut meraih Pemain Terbaik WISPA enam kali berturut-turut, dari tahun 2005 hingga 2010.

KEHIDUPAN PERIBADI
Dilahirkan di Pulau Pinang, Nicol merupakan anak kepada Ann Marie David, seorang guru sekolah berketurunan Cina dan Desmond David, seorang jurutera berketurunan India yang pernah menjadi olahragawan dan pemain bola sepak negeri.Nicol mempunyai dua adik-beradik, iaitu Lianne dan Cheryl,yang merupakan pemain skuasy cemerlang di peringkat kebangsaan.Sewaktu muda, Nicol paling cemerlang dalam mata pelajaran Matematik di sekolah;beliau pernah bercita-cita menjadi jurutera.Nicol mendapat tujuh A dalamPenilaian Menengah Rendah dan tujuh A lagi dalam Sijil Pelajaran Malaysia, sewaktu menelaah di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Green Lane di Green Lane, Pulau Pinang.Beliau beragama Kristian (Katolik Roma).

ANUGERAH DAN PENGHORMATAN
Pada 7 Jun 2008, Nicol David dikurniakan gelaran Darjah Bakti (D.B.) sempena sambutan hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.Beliau merupakan penerima pertama anugerah ini yang diasaskan pada 26 Jun 1975.Anugerah ini terhad kepada 10 penerima yang melakukan sumbangan besar kepada bidang kesenian, sains dan kemanusiaan.
Pada 12 Julai 2008, Nicol menjadi salah satu daripada 497 orang yang diberi penghormatan sempena hari jadi ke-70 Yang di-Pertua Negeri Pulau PinangTun Abdul Rahman Abbas.Nicol merupakan antara 28 orang yang menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri award (DSPN),yang membawa gelaran Datuk, justeru beliau menjadi tokoh termuda yang dikurniakan gelaran Datuk di negeri Pulau Pinang.Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga berasal dari Pulau Pinang,pernah mengakui bahawa Nicol lebih terkenal daripadanya.Pada tahun 2007, Nicol menerima ijazah kehormat Sarjana Kesenian honoris causa dari Universiti Nottingham.Nicol turut menerima anugerah Pemain Terbaik WISPA enam kali berturut-turut, mulai tahun 2005 hingga 2010.
Nicol diberi penghormatan membawa obor Olimpik sebagai wakil Malaysia menjelang Sukan Olimpik Athens 2004,di samping dilantik sebagai Duta Muhibah Kebangsaan Malaysia oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

PERMAINAN SUKAN LUAR ( OUTDOOR GAMES)




Hoki
Hoki adalah merupakan acara sukan yang dimainkan secara berpasukan dan memerlukan kerjasama secara berpasukan yang kuat.Ianya terdiri daripada beberapa orang pemain yang bermain di setiap bahagian seperti penjaga gol,pertahanan,tengah dan penyerang.Selain itu,permainan hoki juga memerlukan kayu hoki dan bolanya sendiri. Dari segi pencapaian pula,pasukan Negara kita adalah merupakan negara yang agak sederhana jika dibandingkan dengan negara-negara lain seperti India dan Pakistan. Tokoh di dalam sukan hoki bagi negara kita ialah S.Kuhan dan juga Minarwan Nawawi.

lumba-lari
Olahraga
Olahraga adalah merupakan sukan yang mana di dalamnya terdapat beberapa lagi acara sukan seperti acara larian 100 meter,200 meter,110 meter berpagar, lompat jauh,lempar cekera,lompat kijang,lontar peluru,dan lompat tinggi. Sukan olahraga adalah dilakukan secara perseorangan dan peraturan dari setiap acara adalah berbeza dari acara lain.
Olahraga juga telah memberikan sumbangan yang membanggakan kepada pasukan olahraga Negara.Sejak dari dahulu lagi,negara kita telah pun berjaya menjadi “kuasa besar” di dalam sesetengah acara seperti acara lompat pagar 110 meter di mana negara kita telah pun berjaya mendominasi acara tersebut sejak Nur Herman Majid. Tidak lupa juga atlet 100 meter Negara yang pernah mendominasi acara ini di peringkat asia seperti datuk Dr. M Jagatnesen dan Rabuan Pit.

Bola Sepak
bola-sepk2Bola sepak adalah merupakan sukan yang paling digemari di Negara kita dan juga di dunia. Justeru itu,tidak hairanlah sukan bola sepak mempunyai peminat yang ramai iaitu dari golongan kanak-kanak hinggalah kepada warga emas. Sukan bola sepak adalah dimainkan oleh 11 orang bagi setiap pasukan. Terdapat beberapa posisi yang digunakan di dalam sukan ini, iaitu, penjaga gol, pemain pertahanan, pemain tengah dan juga penyerang. Jumlah pemain di setiap posisi adalah bergantung kepada strategi yang digunakan oleh setiap pasukan. Contohnya ialah 4-4-2 yang bermakna empat orang pemain pertahanan,empat orang pemain tengah dan dua orang penyerang. Setiap pasukan akan diuruskan oleh seorang pengurus dan juga jurulatih.
Di Malaysia kita mempunyai liga tempatan untuk memeriahkan lagi bolasepak tanahair yang dikenali liga Super,liga premier 1 dan 2 yang disertai oleh pasukan negeri-negeri dan juga kelab. Antara piala yang diperkenalkan oleh FAM ialah seperti Piala liga Super dan Primier, piala Sumbangsih, dan piala FA. Sejarah sistem liga di Negara ini bermula apabila FAM mula memperkenalkan liga semi Pro pada tahun 1990.

Pencapaian pasukan kebangsaan kita pada masa sekarang dalam sukan bola sepak agak kurang membanggakan jika dibandingkan dengan pencapaian pasukan era 70-an dan 80-an di mana kita pernah melayakkan diri ke sukan Olimpik. Pada temasya Sukan SEA yang lepas iaitu di Filipina, Negara kita cuma mampu meraih pingat gangsa serta cuma berada di tangga kelima di kalangan Negara ASEAN. Terdapat beberapa orang tokoh di dalam sukan ini yang cukup disegani seperti Allahyarham Mokhtar Dahari, Hassan Sani dan juga Santokh sigh.Malah terdapat di antara pemain-pemain pada era tersebut yang telah menjadi jurulatih yang di segani di Negara kita seperti Dollah Salleh dan juga Zainal Abidin Hassan. 
ragbi2Ragbi
Ragbi dikatakan "a fast-paced, evergrowing game". Dimainkan oleh dua pasukan, pemain dari setiap pasukan akan mencuba skor dengan cara menyepak, melontar, atau membawa bola sehingga mereka boleh menyepak untuk melepasi gol lawan atau menyentuh di belakang garisan lawan.  Pasukan yang memungut mata paling banyak maka pasukan itu yang akan diisytiharkan menang bagi perlawanan ini.
Ramai mengenali ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak. Namun, ianya adalah salah satu sukan yang membentuk keperibadian dan disiplin seseorang. Ramai juga beranggapan sukan ragbi adalah untuk lelaki sejati sahaja. Untuk bermain ragbi, setiap pasukan perlu mempunyai seramai 15 orang pemain. Tetapi untuk masa sekarang, permainan ragbi 7 dan 10 sebelah semakin meningkat popular. Terdapat dua kumpulan pemain. Kumpulan pertama dipanggil "forwards" yang terdiri daripada lapan pemain. Kumpulan kedua pula dipanggil "queus" yang terdiri daripada tujuh orang pemain.






PERMAINAN SUKAN DALAMAN (INDOOR GAMES)


futsal
Futsal
Futsal ialah salah satu daripada sukan versi bolasepak yang diiktiraf oleh FIFA (Federal International of Football Association). Perkataan Futsal berasal daripada Portugis (futebol de Salao) dan Sepanyol (futbol sala) yang mana kedua-duanya membawa maksud hall football.Futsal dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi lima orang pemain, termasuk penjaga gol. Setiap pasukan boleh mempunyai sebilangan pemain gantian. Gelanggang futsal dibatasi dengan garisan dan jaring. Peraturan FIFA telah menarik minat orang ramai kepada permainan futsal ini. Kebanyakkan negara mempromosikan sukan futsal ini sebagai sukan tidak formal yang membentuk pasukan lima-sebelah.

 Gimnastik

gimnas2Gimnastik adalah merupakan jenis sukan terakhir yang ditekankan di dalam sukan teras Negara.Sukan ini biasanya hanya disertai oleh golongan remaja yang berusia di dalam lingkungan belasan tahun.
Seperti acara sukan yang lain, sukan ini juga dilakukan secara individu ataupun berpasukan.Dari segi pemarkahan pula,ianya adalah subjektif di mana jumlah markah adalah berdasarkan kepada penilaian pengadil.
Antara tokoh di dalam sukan ini ialah puteri gimnas Negara 2004 Duratun Nashihin Rosli yang banyak menyumbag emas kepada Negara di peringkat antarabangsa terutama sukan Sea. Kejayaan manis Negara dalam acara sukan gimnas adalah pada sukan komenwel 1998 apabila meraih satu emas dalam acara gimnas berirama berpasukan.
Selain itu aktiviti yang berkaitan sukan juga banyak telah mengharumkan nama Negara. Antara nama –nama tersebut seperti Datuk Azhar Mansur,perahu layar yang mengelilingi dunia secara solo, Datuk Malik maiden, renang yang mana merentasi Selat Inggeris. Indivividu-individu ini telah menyahut cabaran Malaysia Bileh dan telah menaikan nama Malaysia di peringkat dunia.


nicol
Skuasy
Skuasy adalah merupakan acara sukan terbaru yang berjaya menaikkan nama Negara kita di persada antarabangsa. Sukan ini dimainkan oleh dua orang pemain perseorangan. Mata bagi permainan ini ialah setakat 11 mata dan akan dimainkan dalam beberapa set.
Pencapaian negara kita di dalam sukan ini memang cemerlang di mana contohnya Nicole Ann David telah berjaya mencipta sejarah menjadi pemain nombor satu dunia setelah berjaya memenangi beberapa kejohanan utama pada tahun ini. Antaranya ialah kejohanan Terbuka Malaysia, menjadi wanita pertama Asia memenangi terbuka British dan terbaru memenangi kejuaraan dunia di Hong Kong. Antara anak watan Malaysia yang berjaya di dalam sukan ini ialah Nicole Ann David dan juga Kenneth Low.

boling
Bowling

Sukan Bowlingjuga merupakan antara sukan yang popular di negara kita. Sukan ini boleh dimainkan sama ada secara perseorangan atau pun secara berpasukan yang terdiri daripada empat dan tiga orang(trio).
Sukan ini juga sememangnya telah menjadi pengharum nama Negara di mana atlit-atlit negara telah pun berjaya mendapat pingat untuk Negara kita di kejohanan antarabangsa seperti di sukan Asia, Komenwel dan sukan Sea. Kejayaan paling manis bagi kontijen Bowling Negara ialah meraih dua emas di sukan Asia di Busan.Tokoh di dalam permainan ini ialah seperti Shalin Zulkifli yang bakatnya talah pun diasuh semenjak kecil lagi.


badminton
Badminton
Selain daripada bolasepak,sukan badminton juga adalah merupakan jenis sukan yang boleh dikategorikan sebagai sukan tradisi yangdimainkan di Negara kita. Boleh dikatakan Malaysia antara kuasa Badminton dunia yang setanding dengan nama-nama besar dalam sukan ini seperti China, Indonesia dan Korea.
Sukan ini dimainkan oleh dua orang pemain bagi permainan perseorangan dan empat orang bagi permainan beregu.Pengadil bagi sukan ini pula dinamakan “umpire”.Manakala garisan gelanggan akan dijaga oleh empat orang yang di namakan penjaga garisan.Jumlah mata bagi acara lelaki ialah 15,manakala bagi acara perempuan pula ialah 11 mata.Adakalanya ianya akan dilanjutkan mata iaitu “deuce”.Terdapat dua set bagi setiap perlawanan dan ianya akan berlanjutan ke set ketiga jika jika kedua-dua belah pihak sama-sama memenangi setiap satu set.
Sukan ini sememangnya telah menjadi pengharum kepada nama negara kita sejak dahulu lagi.Negara kita telah memenangi beberapa kejohanan yang berprestij di dunia seperti Piala Thomas dan juga pingat perak di Sukan Olimpik, emas di sukan Asia dan juga Sukan Sea.
Ada beberapa nama besar di dalam sukan ini.Antaranya ialah adik-beradik Sidek iaitu Jalani,Misbun,Razif dan Rashid.Sekarang ini juga terdapat beberapa orang pemain muda yang sedang meningkat naik seperti Lee Chong Wei dan Hafiz Hashim.